Subscribe:

Saturday 12 November 2011

CIRI-CIRI SEBUAH KARANGAN CEMERLANG...

PANDUAN MENGARANG UPSR
CIRI-CIRI KARANGAN CEMERLANG

1. PANDUAN SEWAKTU MENULIS BAHAGIAN B

1.1 Pendahuluan
Calon perlu mendekati pembaca ( pemeriksa) memadai tiga ayat dan ditulis dalam satu perenggan. Calon boleh menerangkan tajuk, menggunakan ayat tanya, atau kaitkan dengan isu semasa.

1.2 Isi
Setiap karangan memerlukan empat atau lima isi. Setiap isi perlu ditulis di perenggan yang berlainan. Kemukakan isi dahulu, barulah huraikan. Ayat kedua dan ketiga perlu contoh dan huraian. Ayat-ayat tersebut perlu mempunyai kaitan dengan ayat pertama

1.3 Penutup
Bahagian ini ditulis dalam sebuah perenggan dan memadai dua buah ayat. Penutup perlu membina rasa puas hati kepada pemeriksa dengan memberi kesimpulan atau rumusan. Boleh menyertakan peribahasa, kata-kata hikmat, dan pantun mengikut sesuatu jenis karangan.

1.4 Pemerengganan Isi
Setiap perenggan mempunyai isi, keterangan, contoh atau kesan dan ditulis dalam tiga ayat. Perenggan itu mesti berkesinambungan dengan perenggan yang sebelumnya. Keseluruhan sebuah karangan perlu mempunyai enam perenggan

1.5 Gaya Bahasa
Gaya bahasa berkaitan dengan persembahan, pengolahan sesebuah ayat dan jenis karangan. Bagi karangan berunsur cerita, gaya bahasanya lebih berbunga-bunga, tetapi karangan berunsur fakta,, gunakan gaya bahasa yang tepat dan padat. Elakkan menggunakan perkataan Inggeris, kecuali perkataan tersebut tiada dalam bahasa Melayu.
Seelok-eloknya calon menggunakan perkataan baru yang sudah diterima umum. Elakkan menggunakan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Untuk memberi kelebihan dan memikat hati pemeriksa, digalakan menyertakan peribahasa dan kata-kata hikmat

No comments:

Post a Comment