Subscribe:

Saturday, 12 November 2011

KARANGAN BERUNSUR CERITA DAN BERUNSUR FAKTA

1. KARANGAN BERUNSUR CERITA

Dalam bahagian karangan berunsur cerita, bahasa yang digunakan boleh berbunga-bunga tetapi dalam keadaan terkawal. Kelainan dalam bahagian ini ialah format sahaja. Katakan calon menulis karangan tentang Hari Guru. Bahan/isi yang sama calon boleh tulis pelbagai jenis karangan seperti cerita, laporan, berita, diari, surat tidak rasmi. Berikut merupakan persamaan yang boleh dimanfaatkan oleh calon.

1.1 Tajuk Berkaitan Aktiviti Perayaan di Sekolah

Di setiap sekolah akan mengadakan aktiviti perayaan. Aktiviti yang dijalankan seperti berikut:

* Hari Guru
* Hari Keluarga
* Hari Kanak-kanak
* Hari Kokurikulum
* Hari sukan
* Hari Kantin
* Hari Anugerah Cemerlang

Untuk pengetahuan calon, isi-isi hari perayaan di atas, keseluruhannya boleh dianggap sama. Urutan isi adalah seperti berikut.
i. Perenggan pertama: Kedatangan tetamu
ii. Perenggan kedua: Majlis dimulakan
iii. Perenggan ketiga: Acara yang diadakan
iv. Perenggan keempat : Berhenti rehat dan acara bersambung
v. Perenggan kelima: Penyampaian hadiah
vi.Perenggan keenam: Bersurai dan rasa gembira


2. KARANGAN BERUNSUR FAKTA


Karangan dalam kumpulan ini menggunakan bahasa yang tepat dan padat. Isi karangan dalam bahagian ini kebanyakkannya sama kecuali karangan surat kiriman rasmi. Sebagai contoh isi bahagian fakta, karangan bertajuk "Cara-cara menggunakan masa dengan baik". Jika soalan meminta dalam bentuk diolog atau pun syarahan, calon hanya perlu menukar dalam bentuk format sahaja.


3. PERSAMAAN ISI DALAM KARANGAN BERUNSUR FAKTA

Setiap karangan memerlukan enam perenggan; satu pendahuluan, empat isi, dan satu penutup. Calon menghadapi masalah untuk mencari isi, tanpa menyedari kebanyakkan isi karangan jenis ini adalah sama, cuma penghuraiannya sahaja berbeza.
Berikut contoh persamaan isi.

A. Menambah ilmu pengetahuan

(a) Faedah membaca
Apabila kita membaca, pengetahuan kita akan bertambah. Pengetahuan yang kita peroleh meliputi bidang sejarah dan sains. Segala pengetahuan yang kita peroleh boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

(b) Faedah perpustakaan
Apabila mengunjungi perpustakaan, pengetahuan kita akan bertambah. Hal ini kerana, di perpustakaan terdapat pelbagai jenis buku, majalah, dan surat khabar. Segala pengetahuan yang kita peroleh boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

(c) Faedah persatuan ( penghuraiannya hampir sama menyertai pasukan seragam)
Sekiranya menyertai persatuan, pengetahuan kita akan bertambah. Hal ini kerana setiap persatuan akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti Persatuan Bahasa Melayu akan menganjurkan pertandingan bercerita, syarahan, dan perbahasan. Segala pengetahuan yang kita peroleh boleh dimanfaatkan dalam pembelajaran di kelas.

(d) Faedah lawatan sambil belajar
Apabila kita mengadakan lawatan sambil belajar, pengetahuan akan bertambah. Sebagai contoh jika ke Melaka, kita akan melihat kesan sejarah yang terdapat di Bandar Hilir, seperti Kota A Famosa. Segala pengetahuan yang kita peroleh boleh kita manfaatkan dalam pembelajaran di kelas.



B. Memanfaatkan masa

(Faedah membaca, faedah menyertai persatuan, faedah menyertai pakaian seragam, faedah lawatan sambil belajar, dan beberapa tajuk karangan fakta yang lain penghuraiannya adalah sama )

Contoh:
Apabila ____________________, kita telah dapat memanfaatkan masa kita dengan baik. Jika tidak, mungkin masa tersebut kita gunakan untuk melakukan aktiviti tidak berfaedah seperti bercampur gaul dengan budak nakal. Kesannya kemungkinan kita terjebak ke kegiatan yang tidak sihat.



C. Memberikan hiburan

i. Bagi tajuk faedah menonton televisyen/membaca buku
Apabila kita menonton televisyen/membaca buku yang kita gemari, seperti kisah penyiasatan, kita akan memperoleh hiburan. Apabila diri kita terhibur, perasaan kita akan berasa tenang. Ketenangan yang kita peroleh memudahkan kita mengulang kaji pelajaran.

ii. Bagi tajuk faedah bersukan
Apabila kita bersukan, contohnya aktiviti larian, kita akan memperoleh hiburan (kepuasan). Hal ini kerana apabila kita berlari otot-otot kita akan mengeluarkan peluh. Keadaan ini memberi kelegaan dan ketenangan kepada kita.


D. Meningkatkan penguasaan bahasa.


( Bagi tajuk faedah membaca, faedah perpustakaan, faedah menonton televisyen, penghuraiannya adalah sama).


Contoh:
Apabila kita _________________, kita dapat meningkatkan penguasaan kita di dalam berbahasa. Hal ini kerana, sewaktu kita ____________________ akan menemui kosa kata baru. Kesannya penguasaan kita dalam sesuatu bahasa akan cepat meningkat.


Berdasarkan keterangan di atas, calon boleh memikirkan isi yang sama bagi sesuatu tajuk. Empat isi yang dibei boleh dihafal. Apabila calon diajukan karangan fakta, fikirkan sama ada isi-isi tersebut boleh dimanfaatkan atau tidak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment